New Post

gelas separuh kosong

Friday, December 25, 2009

Selipar Jepun

Jumaat.Hari ni aku tunggu sampai habis wirid dan doa siap sepenuhnya baru aku keluar masjid. Tidak seperti biasa.

Dalam hati aku bermonolog sendiri. (Wirid tanpa kekhusyukan)

"Ada lagi ke selipar aku?"...
"Ke dah kena sebat...."

Sudah lama selipar aku tidak kena sebat.Sebelum ni, sudah tiga kali selipar aku kena sebat. Di masjid yang sama.

Sebelum ni semuanya selipar Jepun, tapi ranggi juga. Bukan selipar Jepun normal kaler biru atau hijau. Mungkin sebab tu ramai yang nak sebat. Sejak aku pakai selipar Asadi ni, tiada yang berkenan. Nak kata buruk sangat, tak la jugak. (atau aku sorang yang perasan lawa).

Atau mungkin sebab selipar buatan tempatan, Asadi.... berbanding 'Japanese Made'.

Tuesday, December 15, 2009

Senyum Siput

Pagi ini aku tak masuk pejabat sebab ada kursus bertempat di bangunan lain. Petang baru masuk. Ramai yang bertegur sapa.

"Ha, mana ko pegi baru masuk..."

"Mengular kat mana ko pagi ni..."

"Hai, ofis sendiri ke.?..."

Kebanyakannya sindiran pedas penuh romantis. Tapi aku tak perasan pun sindiran berbaur negatif tu. Selama ini aku anggap tak siapa peduli aku ada atau tiada. Tiba-tiba aku rasa teruja, sebab kehadiran aku kat pejabat tu rupanya amat penting bagi ramai orang.

...senyum siput ku sendiri.

Sunday, December 13, 2009

Takut Perut

Perut buncit susah nak hilang. Bila dah transform jadi selulit, alamat bertahun la nk hilang balik.

Aku: Ko rase aku gemuk lagi ke?
Osmet: Perut menggeleber, lagi mau tanya...
Aku: Darn, kene sit up lagi...regime diet kene jaga lagi...exercise kene maintain.

Pandang kanan nampak perut aku dalam cermin. Buruk!!!

Sunday, December 6, 2009

Erti Sahabat

Sahabat sukar dicari. Perkataan sahabat itu sendiri menggambarkan perhubungan yang ikhlas, tiada dusta dan pura-pura.

Seringkali ditikam dari belakang, dari kawan yang paling dipercayai. Kesannya terlalu dalam. Mengubah persepsi diri pada kawan. Tiada guna mengenal kawan kalau hanya untuk menikmati kesempatan. Apatah lagi mencari sahabat.

Namun ianya beerti kerana mengajar kita lebih berhati-hati. Dan mencipta kebaikan hati untuk mejadi sahabat sejati. Lebih baik mengenal budi dan baik pekerti.

Wednesday, November 11, 2009

Hati Terseksa

Hidup rasa seksa bila tiada yang memahami. Lagi terseksa apabila hidup diabdi pada kerja yang yang tak disukai. Hari-hari berlalu dengan beban yang tiada daya untuk mengubahnya.

Aku bagai mencari makna kehidupan sebenar. Masa depan yang lebih bermakna.

Era kerjayaku kini bagai memberi titik kehidupan yang tiada makna. Seakan terpaksa. Seribu cabaran menduga, namun yang lebih menyiksa bila hati tiada rasa.

Tuesday, September 8, 2009

Berakhir Sudah Era Remaja

Tahun ni aku dah 25 tahun. Org kata remaja tu sampai 25 tahun je..maka aku sudah tidak remaja. Belia kot...Tapi apa bezanya? Aku masih aku yang dulu juga...Mengambil mudah semua perkara...Mungkin aku boleh mula fikirkan masa depan. Berumahtangga dan membina keluarga.

Dah dekat 2 tahun aku kerja. Banyak benda jugak aku belajar. Tentang hidup yang sebenarnya. Kadang-kadang suasana itu banyak merubah/menghakis prinsip hidup aku. (ape prinsip hidup aku?).

Bila aku check balik, aku baru perasan color dan font yg aku guna sama ngan Blog Anak Mat Nor...ahahaha..kebetulan...

Friday, September 4, 2009

Hati Ikhlas

Keikhlasan hati sukar dipamer atau diperiksa. Kerana hanya si pemilik hati sahaja yang tahu. Tapi kadang kala, si pemilik juga sukar membezakan keikhlasan yang tulus. Apakah sebenarnya keikhlasan itu?Banyak yg akan mnjawab...'melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan'. Mungkin senang untuk mnyatakan, namun amat sukar menterjemahkan dalam realiti yg sebenar.

Kadang-kala, ya...kita berbuat baik seikhlas mungkin tanpa harapkan apa-apa balasan material. Tapi bukan kita harapkan sekurang-kurangnya ucapan terima kasih?..jadi bukankah itu suatu balasan?Lebih jauh dari itu, kita harapkan org lain aka berbuat baik kepada org yang kita buat baik.Bukankah itu juga mengharapkan balasan?

Jadi, setiap kali kita berkata..'takpe, saya ikhlas'...fikir dulu, atau tetapkan di hati bahawa kita sememangnya benar-benar ikhlas.

Aku akan mudah berkecil hati, sekiranya org yg dilayan sebaiknya bertindak sebaliknya. Kerana aku tidak cukup...IKHLAS.

Wednesday, August 26, 2009

Hati Kadang Kala Kosong

Lagi tentang kehidupan. Jauh di sudut hati, kita terfikir kenapa kita tidak pernah puas dengan apa yang didapati. Juah sekali untuk berhenti. Tapi kadang kala kita berhenti, kerana hilang sudah apa yang dihajati. Dan tiap kali di saat berhenti itu, kekosongan sangat memenuhi....hati. Mungkinkah tanpa berhenti, hati tidak akan kosong?

Tuesday, August 4, 2009

Misteri Perjalanan Hidup

Dulu aku selalu tulis jurnal tentang hidup ini. Lama-lama aku suka baca balik,then the thought came ~'not bad,i can write'... (sape lagi nk puji kalo tak diri sendiri..haahahaha)

Sekejap masa berlalu,kita tak sedar sudah jauh kita pergi. Penuh dengan destinasinya tersendiri. Penuh cerita, ada duka ada gumbira. Cerita itu sebenarnya memprogram otak kita, mengupgrade attitude kita dengan berlalunya hari demi hari.

Kadang-kala kehidupan suatu perjalanan dengan laluan yang sama. Agak membosankan. Bila letak rempah sikit-sikit, jadi lebih baik....kadang-kala jadi lebih buruk.

Monday, August 3, 2009

Mr Nice Guy

Nope. Im not that nice actually. Just thought that name shud suit me well as the time goes by.

Sejak kecil mak ayah selalu pesan,jadi budak baik bile besar nanti. Baik kot..setakat ni...

(gile 'lame' opening blog aku)