New Post

gelas separuh kosong

Tuesday, November 9, 2010

Salahkah Mata Yang Memandang? [Part 1]

Sejak dua menjak ni, aku memang tak boleh tengok dua jenis orang. Sebab bila aku perah otak pikirkan rasional (sebut R.A.S.I.O.N.A.L baru dramatik sikit) atas tingkah laku yang diorang pilih tu, aku tak ketemu jawapan. Aku stress secara diam.

Tadaaaa....dua jenis manusia itu adalah;

1. ::Orang Hisap Rokok::

Dewasa ini (sungguh pro opening ini), sangat-sangatlah susah nak jumpe orang yg tak hisap rokok. Kau pegi la mana pun, orang yg hisap rokok lagi ramai dari yg tak hisap, kebanyakannya lelaki la. Kurang jantan ke tak hisap rokok? ... tak jugak kot, maknyah berlambak je yang merokok.

Aku google 'MEROKOK KEBAIKAN', maka jumpa satu entry kat forum (http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-75548.html) ni. Boleh tahan jugak la klakarnya.

[1.- Perokok pasif lebih berbahaya daripada perokok aktif, maka untuk mengurangi risiko tersebut aktiflah merokok.

2.- Pemetik api "built in" di dalam kereta, kenapa tidak dimanfaatkan untuk mencucuh api rokok.

3.- Memberikan peluang pekerjaan bagi kilang rokok, doktor, peniaga, pembuat ashtry dan kilang ubat batuk.

4.- Dapat mengalami suasana kampung yang asli kerana ruangan merokok berasap , seolah-olah kabus di awal pagi.

5.- Menghilangkan bau wangi-wangian ruang bagi orang yang alergi dan fobia dengan bau perfume.


6.- Melatih kesabaran dan menambah semangat pantang menyerah kerana bagi newbie merokok itu bukanya mudah; batuk-batuk dan tersedak tapi tetap diteruskan.


7.- Menambah kenikmatan dengan minum kopi dengan makan pisang goreng sambil merokok!

8.- Tanda kalau hari sudah pagi, kita pasti mendengar ayam merokok. :eek:

9.- Anti pencuri, suara perokok batuk di malam hari berguna untuk mengusir penjahat.


10.- Membuat awet muda, kononnya perokok tegar mati muda, akibat kanser paru-paru



11.- rokok untuk menebalkan poket sendiri ( beli dan jual semula..) deqirana

12.- sebatang rokok yg dibeli oleh perokok manyumbangkan 20sen kepada duti eksais kpd kerajaan...sethn kerajaan da collect hampir 1 billion rm utk cukai rokok...time kasey perokok JiraiyaSama

13.- merokok menghilangkan stress mmber aku merokok selalu dapat pointer tinggi kasmarol20@yahoo.com

12.- Geng2 perokok senang dapat kawan Maelstrom6121
- sesi suaikenal bermula dari pinjam lighter dan pau rokok sebatang sick_66

13.- merokok menambahkan kemachoan Jeb

14.- kebaikan merokok yg lain adalah cepat mati....(tak banyak sangat dosa!) jutawanzaman ]


Bagi la apapun alasan, rokok still simbolik kehampehan pada aku. Kalau tanya sorang-sorang, semua tak menafikan --> ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, TAKDE PEKDAH PUN

Tapi kenapa semua orang nak merokok? dari doktor, cikgu, menejer, enjinier,...sape-sape je la... semuanya MEROKOK! meliputi semua bangsa cina ke,melayu ke, omputih ke ....WHHHYYYYYYYY?

Ok, ini satu fakta yang mungkin ramai tak tahu --> Fatwa Kebangsaan Malaysia ---> MEROKOK ADALAH HARAM!!!

"Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam."

"Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan."

...to be continued.

Friday, April 30, 2010

Pabila Aku Takde Mood

Aku takde mood bila;

1. Gaduh dengan awek. Lebih takde mood kalau gaduh sebab benda-benda kecik dan halus. Gaduh sebab comment2 kat facebook ke...

2. Menyampah dengan bos. Walaupun dia bukan bos aku, tapi bila kena sindir dengan kata-kata 'underestimate' like he's the ultimate great performer, it's ruined mt day. (pastu org akan kata 'keep motivated,man')...argh, im not that strong.

3. Bengang dengan housemate. Suka buat benda menceceh-ceceh. Nak pindah rumah, tak kisah kena bersusah payah dua tiga kali angkut barang sana-sini,tumpang rumah org. Asalkan dapat jimat sewa rumah lebih murah. Aku tak suka bila dilayan macam 'ayam'. walaupun kami masih bujang, tak bermakna boleh dilayan macam orang takde keluarga.

4. Sikap mengada-ngada rakan pejabat. Biasa la politik ada di mana-mana. Oleh kerana aku bukan jenis bising-bising (a.k.a not popular), maka kehadiran aku kurang dihargai. Adakah aku sungguh membosankan? (kena pikir btol2 ni, sbb kalau aku pun xsuka org yg membosankan)

5. Takde aktiviti nak buat. Especially bile weekend dan tinggal aku sekor kat rumah. (macam skarang ni)...dan smue org balik kampung. Takde 'partner in crime' untuk wat aktiviti mengisi masa lapang. (xde mood sama dengan bosan ke?)

Sunday, March 7, 2010

Diriku Dipuji Oleh Diriku Sendiri

Aku stay up pagi buta semata-mata nak siapkan kerja yg sepatutnya aku siapkan hari ni.
Tatkala ini, lagu 'Cinta Antara Benua' berkumandang kt Winamp. Arni Nazira yang nyanyi. Sejak dulu aku memang suka dengar lagu ni, rase macam terbuai-buai ngn angin kt atas bukit yg terbentang luas. Tapi tak pernah la reveal kat sape-sape. Gile tak rock, layan lagu cenggini.

Kenapakah setiap tahun aku kene buat benda ini. Performance Appraisal. Musim apabila kita terpaksa memuji-muji diri sendiri, samada untuk dapat imbuhan lebih atau untuk selamatkan diri dari kehilangan kerja. Kalau la aku wat kerja yang senang je kan seronok...selebriti ke, posmen ke...tak susah buat benda-benda yang agak mengarut ni...

...by the end of this day, Life Must Go On. (sigh)

Sunday, February 7, 2010

La..la..la...Kerja

Setiap hari, setiap ketika...persoalan kerja berlegar di kepala. Itu dah buat ke...ini dah 'settle' ke...barang tu dah beli ke...tak pernah habis.

Kadang-kadang aku rase aku dah jadi hamba kerja.

Sedangkan...aku tak pernah sepenuhnya suka dengan kerja aku ni. Kadang-kadang aku rasa dikhianati oleh bos aku. Usaha sungguh aku selama dekat sekolah , universiti dulu seakan tak pernah berbaloi dengan posisi yang aku dapat ini.

Hati ini pedih...setiap hari,setiap ketika. Adakah ini sementara?Mungkinkah ini yang terbaik untukku?

Jalan hidup ini bagai menyusur arus longkang...tak pernah suka, tapi aku perlu lakukannya.

Wednesday, January 6, 2010

Emosi Itu Memang Ada

Percayalah. Emosi itu memang ada. Sebab kadang-kadang kita sukar mentafsir emosi itu.

Di kala kesunyian tiada siapa untuk diandal, semuanya terasa dalam keadaan TV hitam putih. Ada jiwa tapi kosong.

Bagiku, perdengarkan lagu-lagu melodi sayu, pasti jiwa ini jatuh menyembah bumi. Kerana tiada siapa untuk dipercaya.

Sungguh sunyi. Sesunyi malam hari tanpa bunyi sang cengkerik.

Mengapa sukar ditafsir emosi ini???