New Post

gelas separuh kosong

Sunday, February 7, 2010

La..la..la...Kerja

Setiap hari, setiap ketika...persoalan kerja berlegar di kepala. Itu dah buat ke...ini dah 'settle' ke...barang tu dah beli ke...tak pernah habis.

Kadang-kadang aku rase aku dah jadi hamba kerja.

Sedangkan...aku tak pernah sepenuhnya suka dengan kerja aku ni. Kadang-kadang aku rasa dikhianati oleh bos aku. Usaha sungguh aku selama dekat sekolah , universiti dulu seakan tak pernah berbaloi dengan posisi yang aku dapat ini.

Hati ini pedih...setiap hari,setiap ketika. Adakah ini sementara?Mungkinkah ini yang terbaik untukku?

Jalan hidup ini bagai menyusur arus longkang...tak pernah suka, tapi aku perlu lakukannya.