Aku memang tak pernah minat dengan politik.
Sebab aku tak tahu menentukan yang benar atau yang bathil. Aku lebih rela tidak memilih langsung daripada terpilih yang salah ... dan aku tak pernah pegi mengundi, walaupun layak.
Sekarang sibuk pula cerita rombongan Kuning akan berkumpul. Tujuan adalah untuk menghantar memorandum kepada Agong, menuntut penambahbaikan kepada sistem demokrasi di negara ini, fokus kepada pilihanraya itu sendiri.
Aku tak pernah nak ambil tahu. Tapi mengapa kerajaan terlalu menggelabah?
Takut apa yang terjadi di Mesir, berlaku di sini?
Tetapi dari awal, Kumpulan Ambiga menyatakan tujuan perhimpunan itu. Berarak sebagai simbolik sokongan ramai ke Istana Negara, dengan membawa memorandum tuntutan tersebut. Bukan untuk menyerang Putrajaya membuta tuli. Bukan juga membawa senjata menembak sana sini. Lepas hantar memorandum, mereka akan bersurai balik ke tempat masing-masing.
Mungkinkah begitu? Boleh jadi, perhimpunan itu tak seperti yang digambarkan. Tiba-tiba semua menjadi huru-hara. Tidak terkawal. Mereka mula menembak ke udara, menyerang orang awam di sekitar. Bangunan-bangunan dimusnahkan.
Mmm...Macam agak mustahil rakyat Malaysia akan berkelakuan begitu. Paling teruk, mereka akan berteriak melaung-laungkan tagline keamanan, perjuangan masing-masing.
Lalu aku terdetik nak tahu apakah tuntutan mereka?
1. Bersihkan senarai undi.
Ni macam kemaskini pengundi-pengundi sebelum berlakunya pilihanraya bagi mengelakkan pengundi hantu, yakni pengundi yang tak wujud (maeninggal dsbnya) tapi tiba-tiba pegi mengundi. Hantu Kak Limah balik mengundi kah???
Ini juga bagi mengelakkan satu nama mengundi banyak kali di beberapa tempat berlainan.
Kalau aku Agong, aku luluskan. Tak nampak sebarang masalah dengan tuntutan ini sebab berasas. Jadikan ia normal procedures setiap kali sebelum pilihanraya.
Kata demokrasi kan?
2. Mereformasi Undi Pos
Undi pos memang tak boleh dihapuskan. Sebab melanggar hak asasi mereka yang tak dapat hadir pada hari mengundi.
Mungkin terlalu banyak keraguan dengan sistem pos sebegini. Aku takde idea macam nak improve sistem undi pos ni. Online vote boleh tak?
3. Gunakan Dakwat Kekal
SPR guna dakwat boleh padam ke masa undi? Apa motif? Takkan Agong tak nak lulus tuntutan ni...
4. Masa Kempen Minima 21 Hari
Bagi je la masa berkempen lama-lama pun. Bukan luak pun. Ke takut?
Aku tak nampak sebarang masalah, kalau aku Agong, aku akan luluskan.
5. Akses Media Yang Bebas dan Adil
Kalau agong luluskan yang ini, baru lah bertemu buku dengan ruas. Ini tak, musim pilihan raya je, mula la pengacara TV dan pembaca berita bertukar menjadi kaki kutuk. Kutuk pembangkang.
Pastu beriya-iya junjung parti yang memerintah. Kadang-kadang aku terpikir, kalau aku ada anak esok-esok, aku tak bagi anak aku tengok berita musim pilihanraya. Nanti membimbing anak aku ke arah keburukan.
It is very obvious. Sudah la kempen pembangkang ni seciput dua. Bak kata orang, bertanding kat gelanggang yang tak sama rata.
Cuba lihat US, parti politik mereka siap boleh berdebat lagi sebelum pilihanraya, live lagi.
Kebebasan media itu penting, terutamanya bagi mendekati seluruh rakyat ... secara adil. Kalau kat kampung-kampung, pakcik-pakcik, makcik-makcik, beranggapan Buletin Utama tu la satunya berita kebenaran yang mereka terima. Utusan Melayu tu la suratkhabar yang boleh dipercaya.
Kita telah matang, buka peluang untuk bertanding secara saksama.
Ni belum sentuh kempen pemerintah yang pakai duit negara. Sia-sia aku bayar cukai oi ...
6. Kukuhkan Institusi Awam
Tuntutan ini berasaskan keadaan semasa jugak. Bila pilihanraya nak bermula, SEMUA badan kerajaan sepatutnya tidak berpihak kepada mana-mana. SPR, BPR, Badan Kehakiman,
Polis angkat tangan dan berkecuali. Uruskan agar setiap orang dapat membuang undi mengikut pilihan masing-masing.
Bila pilihanraya bermula, tiada lagi kerajaan. Yang ada adalah parti-parti yang bertanding, berkempen megikut cara dan dana masing-masing. Tak rasa cara begitu lebih adil?
7. Hentikan Rasuah
Rasuah dan manusia memang tak dapat dihentikan selagi mana manusia itu dilengkapi akal dan nafsu. Nak hapuskan rasuah adalah mustahil, tapi membanteras rasuah boleh saja.
BERSIH menuntut penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang antara lain menyebut tentang pelantikan ejen pilihanraya, perbelanjaan, peraturan kempen, batasan hari mengundi. Ringkasnya, BERSIH menuntut akta ini dikuatkuasakan kepada semua parti bagi mengelakkan tipu daya masa berkempen.
Pernah berlaku kat kampung aku dulu, hanya kerana sehelai kain pelikat Gajah Duduk, undi pakcik ni berjaya dipancing. Bukan rasuah ke tu?
8. Hentikan Politik Kotor
Tuntutan ni susah nak ulas, terlalu subjektif.
Tapi mungkin kita perasan, dekat pilihanraya je, video-video tak senonoh calon bertanding akan keluar kat mana-mana. Fitnah bertebaran sana sini. Kita sanggup gadai maruah diri untuk mendapat pangkat dan kuasa di dunia ini. Tak takut pada ancaman Allah kepada orang yang menfitnah.
Tuntutan ni mungkin kurang relevan. Kalau aku Agong, dan aku luluskan, macam mana pulak cara aku nak pastikan politik kotor tidak berlaku? Sebab kekotoran sendiri ada pada makhluk bergelar manusia.
Bagi aku, apa yang BERSIH lakukan bukanlah untuk mengguling kerajaan, tapi lebih kepada improvement untuk sistem yang sedia ada. Jadi,kenapa kita hendak menggelabah?
Orang komplen, jalan sesak sebab BERSIH nak buat perhimpunan. Cuba fikir balik, jalan jadi sesak sebab orang nak pergi perhimpunan ke, sebab Polis buat banyak sangat roadblock?
Orang nak pegi konsert ke, tengaok final FA Cup pun ramai jugak, tak jadi masalah pulak kan?
Kesimpulannya, tak perlulah kita nak gelabah sangat dengan cerita dari media massa utama yang menggembar-gemburkan cerita. Siap nak isytihar darurat lagi? Tolonglah, jangan ingat rakyat bodoh sangat.
Aku bukan penentang kerajaan, bukan juga penyokong BERSIH. Tapi aku sokong keadilan. Kalau kau bertindak secara adil, maka aku di belakangmu. OK?
Saturday, July 9, 2011
Thursday, July 7, 2011
Bulan Julai
Masa sangat cepat berlalu.
Enam bulan sudah berlalu tinggalkan perjalanan tahun 2011.
Entah bila perkara yang sia-sia akan kita tinggalkan.
Kata nak tinggal tahun lepas, tahun ni masih ada.
Kata dah taknak tengok TV berjam-jam, masih tengok sampai tengah malam.
Kata tak nak tangguhkan kerja, masih kerja kurang efektif.
Kata nak menyimpan sebanyak mungkin, masih boros membeli sesuka hati.
Kata nak lebih dekat kepada Illahi, masih solat di hujung waktu.
Adakah nak tunggu ujian datang,baru tersedar dari dunia kebendaan.
Doaku mengharapkan hidayahMu.
Enam bulan sudah berlalu tinggalkan perjalanan tahun 2011.
Entah bila perkara yang sia-sia akan kita tinggalkan.
Kata nak tinggal tahun lepas, tahun ni masih ada.
Kata dah taknak tengok TV berjam-jam, masih tengok sampai tengah malam.
Kata tak nak tangguhkan kerja, masih kerja kurang efektif.
Kata nak menyimpan sebanyak mungkin, masih boros membeli sesuka hati.
Kata nak lebih dekat kepada Illahi, masih solat di hujung waktu.
Adakah nak tunggu ujian datang,baru tersedar dari dunia kebendaan.
Doaku mengharapkan hidayahMu.