
Bagi yang tidak mengalaminya, sukar untuk memahaminya.
Lelaki memang dilahirkan dengan harga diri yang sukar dicabar. Sesetengah memanggilnya sebagai ego lelaki. Lelaki lebih suka memendam dari meluahkan. Lebih sedia memujuk hati sendiri. Lebih senang jika keputusan atau pendirian dihormati. Namun bukan menutup terus ruang perbincangan.
Selalunya keputusan seorang lelaki lebih berpandukan panduan fakta umum dan peribadi. Setelah ditimbang dengan akal. Maka yang menentukan baik atau buruknya keputusan yang dibuat itu bergantung kepada sepanjang mana akalnya. Panjang akal, bukan panjang benda lain. Jadi, ukur dulu akal dia sebelum kata “I do.”
Kerana lelaki dipilih wanita untuk memimpin, mengapa keputusan mereka diragui. Bukankah lebih baik jika disokong.
Soalannya, bagaimana jika keputusan yang dibuat itu 100% tidak dipersetujui oleh wanita?
Ikut tips ini. Mulakan dengan mewujudkan persolan kepada lelaki tentang keputusan yang dibuat. Secara berhemah. Tetapi biarlah berpandukan fakta yang lebih praktikal. Jangan sesekali berpandukan emosi.
Persoalan berpandukan fakta:
“Saya dah survey. Kalau guna pakej data iPhone lebih jimat berbanding saya pakai phone sekarang campur broadband. Apa kata abang?” sambil hadiahkan senyuman manja.
Persoalan berpandukan emosi:
“Saya rasa stress sebab dah lama takde handbag baru. Orang lain semua kata saya asyik pakai handbag sama. Memang dalam ‘robok’ banyak lagi handbag lain, tapi dah boring pakai yang tu. Saya nak reward myself, kan saya keje penat-penat.” Sambil muka muncung tiga depa.
Tetapi tak ramai lelaki yang praktikal juga. Beli rokok boleh, nak mintak beli handbag tak boleh pulak kan. Itu kes lain. Kita bincangkan tentang lelaki yang panjang akal sahaja di sini.
Ketahuilah kenapa Rasulullah S.A.W mementingkan isteri yang taat kepada suami, selagi tidak memudaratkan atau bercanggah dengan hukum Allah S.W.T.
Anas bin Malik r.a berkata, Nabi S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya isteri jika sembahyang lima waktu, dan puasa bulan Ramadhan, dan menjaga kemaluannya, dan taat pada suaminya, maka dipersilakan masuk dari pintu yang mana ia suka dalam syurga.”
Kerana kasih sayang hakiki seorang suami itu berkadar terus dengan ketaatan isteri.
