Biasanya aku mencari ketenangan dengan pulang ke kampung halaman.
Pulang menjenguk ibubapa, gelak tawa bersama keluarga.
Kini tidak lagi. Sejak aku mencipta keluarga sendiri.
Kerana ikhlas hati berbeza-beza.
Jangan berharap masa boleh berpusing kembali, kerana ianya pilihan jalan sendiri. Sudah ketetapan Ilahi.
Friday, May 31, 2013
Wednesday, May 22, 2013
Dugaan Hasad Dengki
Astaghfirullah. Seringkali kita diuji dengan sifat hasad dalam diri, dan hampir gagal. Hampir ditenggelami oleh sifat dengki.
Boleh dikatakan aku sudah bebas dari sifat dengki kepada kebendaan. Wang ringgit, harta benda bukan lagi pengukur darjat manusia. Alhamdullillah.
Namun syaitan itu sangat licik. Dihasutnya sifat dengki dalam hati ini kepada layanan baik antara manusia. Kita akan dengki bila layanan berbeza diberikan kepada orang lain, tetapi bukan kita. Mujurlah ENGKAU sedarkan aku sebelum aku hanyut dalam sifat yang memusnahkan diri ini. Ujian kesusahan ini harus kita tempuh dengan sifat sabar.
Aku ingin bebas dari penghargaan manusia.