Ok, jangan panik.
Penggemaran di tempat kerja adalah direct translation bagi favouritism in workplace.
Isu ini timbul bila mana, aku gagal menempatkan diri untuk digemari di tempat kerja.
LOL. [ini gelak betul-betul, bukan cobaan]
Semuanya mengikut kelogikan sistem kemanusiaan sejagat, yang sudah pastinya ada kekurangan. Tak banyak, sikit. Biasanya banyak.
Pada hemat insan marhaen seperti aku, penggemaran menimbulkan ketidakadilan dalam bekerja kerana peluang dan kelebihan diberikan berdasarkan kriteria yang sungguh subjektif.
Antara tips untuk digemari majikan di tempat kerja adalah:
SATU: Sila ceburkan diri dalam arena sukan elit seperti majikan kita. Contohnya, sukan golf. Sukan ini bukan hanya memerlukan peralatan dengan kos yang agak tinggi, malah memerlukan tempat yang berkos agak tinggi, juga dikenali sebagai padang golf. Sambil pukul-pukul bola, bola cerita tentang prestasi syarikat, rahsia anak-anak buah, menyebarkan berita yang kurang tepat (office gossip) dan sebagainya. Di akhir permainan, majikan akan membuat kesimpulan bahawasanya si polan yang main golf dengan dia tu lebih baik kerjanya dari si pulun yang tidak main golf. Mudah bukan membuat keputusan?
KEDUA:Sentiasa jadikan majikan anda betul dalam apa cara sekalipun. Maksudnya, janganlah mengatakan 'You damn wrong,sir' kat muka dia. Sekurang-kurangnya gunakan ayat diplomatik seperti dibawah --->
"Wow, boss. That was brilliant. For sure this job will be a success.
But, I think we can improvise new ways of doing it .... bla.bla.bla'
Masa tu, maka silalah celah-celah idea kamu sendiri. Boleh?
KETIGA: Talk loudly. Walaupun kau nak bagi idea merapu sekalipun, pastikan suara itu didengari di segenap alam. Konon, yang bersuara kuat tu, adalah berani. Walaupun yang sebenarnya dia bercakap tanpa berfikir dulu. Lepas je...hentam keromo jurus ke-8.
Tak kisahlah, asalkan majikan kau akan fikir , "wo,budak ni ada potensi untuk jadi pemimpin".
Kadang-kadang yang cakap kuat ni banyak merapu je. Kadang-kadang nak patahkan idea orang lain.Kadang-kadang nak tunjuk pandai, lebih pandai daripada orang lain.
Tapi pemikiran majikan versi lama lain. Lebih suka benda-benda yang mencapap macam cipan sebegitu. Mudah bukan untuk digemari majikan?
KEEMPAT: Buat sibuk. Kalau boleh buat sesibuk mungkin. Kalau boleh bergerak ke sana sini dengan fail projek di tangan. Kalau boleh 'always on the phone acting like you're in the middle of negotiotion'. Kalau boleh makan laju-laju depan majikan,macam kau tengah kejar masa. Kalau boleh jalan laju-laju dengan dahi berkerut macam kau berfikir tentang janjang aritmetik 24 jam. Dengan tanpa segan silu, majikan akan beranggapan bahawa kau seorang yang penuh dedikasi.
Itu versi lama seorang majikan. Kalau akulah majikan itu, versi baru. Aku akan anggap orang tu tidak pandai uruskan masa sendiri. Masa sendiri pun tak pandai uruskan, apatah lagi nak buat kerja lain? Oleh itu, kalau kau ditakdirkan jadi pekerja aku, tolonglah jangan buat-buat sibuk depan aku, nanti aku rasa nak luku je.
...[ada hati jugak aku nak jadi boss]...
KESIMPULAN: Apa yang kita buat sekalipun, keikhlasan adalah paling penting. Pertamanya, niat kerja itu sebagai ibadah dan anggaplah kesusahan dalam kerja tu dugaan dariNya. Memang benar sistem manusia itu tidak pernah adil. Tapi jangan diragui sistem Allah S.W.T kerana keadilan itu kesempurnaan milikNya.
Selamat Malam.
0 comments:
Post a Comment