Sekarang aku dah tua. Kena cari rumah untuk berteduh.
Rumah yang didefinisikan sebagai bagus kenalah strategik, menepati kriteria yang aku rasa semua orang inginkan.
Satu: Dekat dengan tempat kerja lor. Hari-hari ulang alik, pakai minyak lor. Kalau dekat, kurang sikit wang mengalir keluar dari poket. Boleh guna untuk sedekah kat orang yang lebih memerlukan. [Betol...percayalah]
Lagipun aku meyokong usaha menyelamatkan alam sekitar. Berapa banyak CO2 dibuang ke udara dari asap kenderaan kita lor...
Perubahan 1 - 6deg Celcius boleh mengubah iklim bumi dari Zaman Ais kepada Zaman kita sekarang. Maka, apakah akan berlaku kalau pertambahan lagi 6deg C? ... panassss...
Dua: Dekat dengan bandar. Sekurang-kurangnya bandar tu ada hospital,pasar basah, pasar raya dan KFC. Kat bandar ada ofis kerajaan dan bank juga. Senang untuk urusan seharian. Tak perlu dekat sangat,nanti jammed pulak.cukup la ala-ala suam punggung dalam kete untuk sampai ke bandar tu.
Tiga: Selamat dari banjir dan naik air. Apa beza banjir dan naik air?
Banjir disebabkan air melimpah dari sungai berdekatan. Manakala naik air disebabkan perlongkangan yang macam ayam. Terutamanya perumahan kecil-kecilan mati tak mau, hidup segan-segan. Penting ni, takdela kita nak mengangkut barang tiap kali hujan lebat daripada biasa. Lagipun, rumah yang ada sejarah banjir/naik air ni, susah nak jual balik nanti. Sapa nak rumah asyik naik air lor? kalau diorang nak pun,mesti kaw-kaw punya mintak kurang.
Empat: Kawasan kejiranan yang harmoni ala-ala Wisteria Lane. Nak best lagi, cari yang dekat dengan surau/masjid. Sekurang-kurangnya, kalau takde niat nak solat berjemaah pun, lama-lama malu tu boleh mendorong kita menunjukkan muka ke masjid. Sindrom kurang ikhlas. Tapi lagi elok dari tak dipupuk langsung. Ye dop?
Kalau tak boleh nak pastikan kejiranan tu mantap pun, sekurang-kurangnya kita boleh selidik kawasan tu area mat pit ke, pecah rumah ke, jauh dari rondaan polis ke. Maka carilah kejiranan yang selamat.
Lima: Ramalan nilai hartanah yang ingin dibeli. Aku pun bukan pakar hartanah. Jadi kita ambik teknik mudah. Orang suka kawasan berdekatan bandar, dekat dengan jalan utama dan selamat. Maka rumah-rumah yang berada dalam kategori ini lebih menjanjikan resale value yang lebih sedap telinga dengar masa nak jual balik nanti.
Tapi rumah-rumah yang memenuhi kategori di atas, harga pun bukan calang-calang la brader. Sendiri mau ingat la. Tapi kalau nak duduk bermastautin atau bermukim bersama keluarga, tak rugi beli yang baik punya. Rumah cantik, hidup sejahtera...Cewahhh...
0 comments:
Post a Comment